- Smart Basketball
Technologi
ini telah dikeluarkan oleh Syarikat Wilson. Bola keranjang itu telah dipasang
dengan sensor yang berfungsi untuk mengesan bagaimana pemain menjaringkan bola.
Ia juga telah dilengkapi dengan aplikasi yang boleh mengesan jumlah masa
permainan, jumlah jaringan dan juga jumla mata jaringan.
2 . Smart
Tennis Recket
Smart
Tennis Recket ini dihasilkan oleh Syarikat French Babolat. Smart Tennis Recket
ini berfungsi untuk memberikan gambaran keseluruhan permainan iaitu dari
kelajuan serve dan juga bilangan pukulan. Kuasa Bateri Smart Tennis Recket
tersebut akan menghantar semua maklumat melalui aplikasi di telefon pintar.
Ketahanan bateri Smart Racket Tennis adalag 6 jam dan perlu dicas semula. Ia
juga mempunyai 6 sensor paksi, pecutan dan giroskop untuk mengesan permainan.
3. Smart
Running Sneakers
Smart
Running Sneakers ini adalah produk dari Under Amour. Fungsinya adalah ia boleh
mengesan jarak yang dilalui oleh pelari, panjang langkah pelari dan kadar
larian yang dilakukan oleh pelari tersebut. Segala maklumat tersebut dihantar
secara automatik kepada aplikasi di telefon pintar. Under amour telah menjamin
jarak larian adalah 450 Miles.
4. Sony
Smart B-Trainer
Sony
Smart B-Trainer ini dihasilkan oleh Syarikat Sony. Sony Smart B-Trainer ini
adalah satu set headphone tanpa wayar yang akan memberi laporan terperinci
tentang larian anda. Ia juga akan menunjukkan arah anda berjalan mengikut peta
dan juga jarak perjalanan. Ia juga berfungsi untuk mengesan kadar denyutan
jantung, kalori yang dibakar dan langkah dari semasa ke semasa. Anda juga boleh
memuat naik muzik anda dan sistem akan memilih lagu-lagu untuk membantu anda
mencapai matlamat larian atau berjalan. Jika anda mempunyai kadar larian yang
perlahan atau berjalan, sistem akan memainkan muzik yang mempunyai tempo yang
tinggi untuk mendorong anda berlari semula.
5. Coach’s
Eye
Coach’s
Eye adalah sebuah aplikasi yang boleh di dapati Apps Store dan Google Play. Coach’s
Eye juga adalah platform video terkemuka di dunia untuk jurulatih dan atlet
yang perlu mengkaji teknik atlet dan gambaran permainan. Aplikasi ini akan
merakam teknik yang dilakukan oleh atlet dan serta merta akan menganalisis dan
menunjukkan cara untuk memperbaiki teknik atau pergerakan tersebut.
6. Polar
H7 Heart Rate
Polar
H7 Heart Rate in adalah pemantauan kadar denyutan jantung dan di pakai di dada.
Ia juga kalis air dan boleh digunakan semasa berenang. Ia menggunakan teknologi
Bluetooth yang sesuai digunakan oleh iPhone pada IOS7 dan keatas dan pada
Android 4.3. pemakaian polar H7 Heart rate ini ada lah perlu dikenakan terus
pada dada. Jika atlet mengenakan pakaian yang bertutup, mereka perlu memakai
alat ini pada belah dalam baju.
7. Web
Tech Knee Brace
Web
Tech Knee Brace berfungsi untuk melegakan sakit lutut yang sering dihadapi oleh
atlet dan juga sering dikaitkan dengan kecederaan sukan, kecederaan berlebihan,
kecederaan degeneratif. Ia dibentukkan dalam teknologi web silicon yang berfungsi
untuk menampung dan menyelaras struktur sendi lutut. Mampatan argonomik pada
pad berfungsi untuk mengoptimumkan keselesaan. Ia juga adalah sejenis pendakap
lutut yang paling ringan dan selasa serta berfungsi menyerap semua getaran pada
lutut.
8. Game
Golf Live Digital Shot Tracking System
Ia
adalah sensor yang perlu dikelipkan pada tali pinggang atlet. Ia berfungsi
untuk menjejaki prestasi atlet dalam setiap pukulan lobang. Ia juga akan
menunjukkan tahap hayunan dan ketepatan pukulan. Sensor ini berfungsi dengan
aplikasi telefon pintar yang membolehkan atlet mengetahu tahap anda dari semasa
ke semasa.
9. High
Tech Swim Cap
High
Tech Swim Cap ini terhasil dari kerjasama Syarikat Samsung dan jawatankuasa
Paralimpik Sepanyol. High Tech Swim Cap direka khas untuk atlet paralimpik yang
buta. Fungsinya adalah untuk membenarkan jurulatih menghantar isyarat getaran
kepada atlet supaya atlet tahu apabila mereka perlu pusing semulapada akhir
lorong dengan baik.
10.
Altitude Chamber and Anti-Gravity
Treadmill.
Altitude Chamber and Anti-Gravity
Treadmill ini berfungsi untuk menyesuaikan diri dengan senaman dan untuk
mengurangkan kecederaan. Alatan ini digunakan oleh atlet atau sesiapa sahaja
dalam proses rehab dan juga digunakan oleh atlet paralimpik untuk membuat
latihan.
No comments:
Post a Comment