Penggunaan ICT adalah perkara penting pada era teknologi ini. Setiap orang perlu menpelajari penggunaan ICT dalam kehidupan seharian mereka. Terdapat beberapa kepentingan penggunaan ICT dalam proses penganjaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Antara kepentingan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah:
- Membolehkan guru dan pelajar berhubung tanpa bersua. Sebagai contoh, guru mudah menyampaikan pesanan kepada pelajar atau memberikan arahan. Guru juga boleh memberikan maklumat melalui media sosial kepada pelajar. Ia juga dapat mengeratkan hubungan guru dan pelajar.
- Menjimatkan masa. Penggunaan ICT dapat menjimatkan masa. Sebagai contoh, guru dapat menjimatkan masa dari segi memasukkan data-data pelajar dengan menggunakan Microsoft Excel, Guru juga dapat menjimatkan masa dalam proses pengajarannya dimana bahan bantu mengajarnya sudah tersedia di komputer dan hanya perlu dipaparkan kepada pelajar tanpa perlu menulis di papan hitam/putih. Seterusnya, maklumat dapat disampaikan dengan cepat hanya melalui media sosial sahaja.
- Dapat menegetahui perkembangan atau berita semasa dengan pantas. Sebagai contoh, Guru dan pelajar akan dapat mengetahui perkembangan sukan negara hanya melalui ICT dan boleh dijadikan sebagai pengetahuan am untuk subjek yang sesuai.
- Memudahkan proses pencarian maklumat. Zaman ini adalah zaman segala maklumat dihujung jari. Oleh itu, para guru dapat menyediakan bahan bantu mengajar dengan mudah dan pelajar dapat menyiapkan tugasan dengan mudah dan juga secara sihat iaitu tanpa melakukan plagiat dalam menyiapkan atau menyediakan suatu kerja itu.
- Proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lebih menarik. Proses ini akan lebih menarik disebabkan oleh guru mempelbagaikan cara pengajarannya suapaya pelajar tidak akan berasa bosan. Sebagai contoh, guru mempaparkan video yang berunsurkan humor di bahagian induksi rancangan pengajaran supaya dapat menarik minat pelajar untuk memberi fokus dalam pembelajarannya.
Kesimpulanya, ICT sememangnya memberikan banyak manfaat kepada semua pihak. Oleh itu, kita mestilah menggunakannya dengan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment