Dalam tugasan kali ini, saya dikehendaki menghasilkan satu model hasil kerja tangan untuk dijadikan bahan bantu mengajar Subjek Pendidikan Jasmani. Jadi, saya menghsilkan model gelanggang Bola Jaring.
|
Pandangan atas.
Bahan yang saya gunakan ialah:
1. Kadboard hitam
2. warna air
3. Pemadam (model pemain)
4. Kertas (bola)
5. Tisu
6. Gam
7. Pen lama yang sudah tak digunakan (tiang gol)
8. Pita pelekat (sollesetape)
Cara Penyediaan:
1. Gelanggang.
Lakarkan gelanggang bola jaring pada kadboard hitam tersebut kemudian gunakan warna air berwarna putih untuk menjadikan garisan lebih jelas.
2. Tiang goal.
Gunakan pen untuk dijadikan tiang, kemudian gamkan tisu keliling pen tersebut untuk memudahkan proses mewarna. Untuk gelung pula saya gunakan kota tisu untuk bentuk gelung tersebut dan balutkan gelung tersebut menggunakan tisu dan gam. Bila sudah kering, bolehlah diwarnakan. Saya menggunakan warna putih.
3. Model Pemain
Penanda posisi main tersebut saya buat menggunakan komputer sahaja kemudian print. untuk memudahkan pergerakan model dalam gelanggang saya menggunakan pemadam dan tampal penanda posisi tersebut. Kemudian lilitkan pita pelekat keliling model pemain tersebut untuk mengelakkan kerosakan.
4. Bola.
Gumpalkan secebis kertas menjadi bulat mengikut saiz bersesuaian. Kemudian balutkan kertas tersebut menggunakan pita pelekat supaya gumpalan tidak terbuka. Selepas itu, tampalkan tisu menggunakan gam untuk memudahkan proses mewarna. Dan warnakannya mengikut kreativiti masing-masing.
Berikut adalah gambar model bahan bantu mengajar pada posisi yang berbeza 😃
Fungsi bahan bantu mengajar ini adalah untuk memudahkan pelajar memahami dimana kedudukan sebenar pemain. Seterusnya, boleh digunakan oleh pasukan bola jaring sebagai taktikal kerana model pemain yang boleh digerakan. Jika kita mempunyai model seperti ini, kita boleh memperlajarinya secara langsung dengan penglihatan yang menyeluruh.
|
Thank you for sharing 😁
ReplyDeleteTQ FOR SHARING
ReplyDeleteWow cantiknya
ReplyDelete