Kumpulan saya diberi tema Cadangan Penambahbaikan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah. Selepas persetujuan bersama, kami memilih Sekolah Menengah Kajang Utama sebagai lokasi kajian kami.
Kami telah mendapat idea cadangan penambahbaikan ialah menggunakan ICT dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Hal ini kerana, kami juga adalah bakal seorang guru Sukan. Tajuk yang dibincangkan ialah PENGGUNAAN ICT DALAM SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAJANG UTAMA.
Tugasan ini memerlukan kami menyediakan laporan tugasan dan pembentangan melalui video POWTOON 😉
Berikut adalah laporan dan video tugasan kami
GGGE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN
TAJUK:
PENGGUNAAN ICT DALAM SUBJEK PJPK DI
KALANGAN PELAJAR SMK KAJANG UTAMA
PENSYARAH:
ENCIK MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN
AHLI
KUMPULAN:
NURUL
AIN BINTI ARIFFIN A155723
NUR
HIDAYAH BINTI RAZAK A153750
NOOR
SYAHEERAH BINTI HAMDAN A155806
NORFATIN
HIDAYAH BINTI MISRUN A154638
NUR
ATIKAH IZZATI BINTI MOHD HAZIZAN A156023
NUR
AMALIA NABILAH BINTI MOHD SAFIEE A156025
NURUL
NAZIRAH BINTI MOHD NASIR A156015
NURUL
FARINAH BINTI ASA’ARI A155970
MAISARAH
SHAHIDA BINTI MOHD ZALI@ALI A156013
1.0
PENGENALAN
Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan mata pelajaran yang memberi peluang
kepada pelajar untuk menyerlahkan bakat dan kemahiran yang sedia ada. Mata
pelajaran ini memberi penekanan tentang kecekarapn pergerakan dalam permainan,
sukan dan kecergasan melalui domain psikomotor, kognitif, dan afektif. Murid
dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan nilai yang akan digunakan untuk
mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri. Kurikulum Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan digubal berasaskan kepada Falsafah kesihatan Pendidikan
Kebangsaan yang bermanfaat untuk generasi yang akan datang. Penggubalan
kurikulum ini juga selaras dengan Dasar Sukan Negara serta mengambil kira
polisi yang disyorkan oleh badan antarabangsa seperti United Nations
Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), World Health
Organization (WHO), dan International Council for Health, Physical Education,
Recreation-Sports and Dance (ICHPER-SD).
Perkembangan
dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberi pelbagai impak
positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan.
Tindakan Rimbalan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan
bahan bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, dan lain-lain sangat
membantu pelbagai pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan khususnya guru
dan pelajar. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar mampu menarik
perhatian pelajar untuk lebih fokus terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
yang berlangsung. Hal ini juga memudahkan guru untuk mengakses segala keperluan
yang perlu dibuat untuk disediakan kepada para pelajar. Oleh yang demikian,
selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu murid-murid yang sempurna
keupayaan dan pelajar yang lain keupayaan dalam usaha untuk meningkatkan
pencapaian akademi dan kemajuan diri.
Teknologi
yang semakin moden pada masa kini telah memudahkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah terutamanya dalam subjek Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan. Kemudahan ini dapat dilihat ketika aktiviti-aktiviti
kecergasan fizikal dilakukan, sebagai contoh, penggunaan perakam video boleh
digunakan untuk merakam pergerakan yang dibuat oleh pelajar. Seterusnya guru
boleh memeriksa semula samada pergerakan tersebut dibuat dengan betul atau
tidak. Guru boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih
menari dengan adanya penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar. Guru dapat
mempelbagaikan cara pengajaran dengan menggunakan alatan ICT yang tersedia di
sekolah begitu juga berlaku kepada pelajar. Pelajar dapat lebih memahami dengan
mendalam akan sesuatu yang melibatkan kemahiran sukan dan pekara-perkara yang
melibatkan sains kesihatan. Pelajar boleh belajar melalui web-web yang
berkenaan dengan subjek PJPK untuk mendapatkan maklumat yang lebih baik.
Melalui
kajian ini, pengkaji mencari tahu tentang penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama. Kajian ini adalah untuk mengetahui
pengetahuan pelajar dan guru tentang ICT dalam subjek PJPK di sekolah ini.
Kajian ini juga adalah proses untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar
dan guru terhadap penggunaan ICT bukan sahaja dalam subjek PJPK tetapi juga
dalam urusan pentadbiran dan subjek lain. Pengetahuan tentang ICT merupakan
sesuatu yang penting untuk menjadikan institusi sekolah tersebut berada di
tahap yang selari dengan pendidikan abad ke-21. Seterusnya, kajian ini adalah
untuk mengkaji tahap penguasaan ICT dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama. Penguasaan ICT di sekolah
menjadi kayu pengukur akan kemajuan infrastruktur di sekolah tersebut. Isi
sekolah yang menguasai ICT menjadikan suatu sekolah tersebut berada di tahap
yang baik. Akhir sekali, kajian ini adalah untuk menilai perspektif pengetahuan
ICT dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kajang Utama.
Kesimpulannya,
kemajuan ICT di era ini sangat membantu pelbagai pihak untuk terus maju
kehadapan. Kemajuan ICT sangat membantu dalam bidang pendidikan khususnya.
Pendidikan yang maju adalah datangnya daripada penguasaan ICT yang baik dari
kalangan guru dan pelajar. Perkembangan teknologi kini sangat membantu pelbagai
bidang. Namun dalam kajian ini, teknologi sangat membantu dalam bidang
pendidikan untuk memudahkan kerja para guru dan pelajar. Pengetahuan guru dan
pelajar dapat ditingkatkan dengan adanya penggunaa ICT dalam pendidikan. Gaya
mengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagai untuk menjadikan suasana kelas
lebih menarik dan aktif sesuai dengan dengan kehendak pendidikan abad ke-21.
2.0
PENYATAAN MASALAH
Kajian
ini mendapati bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama mempunyai masalah
dari aspek kekurangan guru untuk mengajar Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan. Sekolah ini hanya mempunyai seorang guru PJPK. Guru ini perlu
mengendalikan pelajar lelaki dan perempuan pada masa yang sama secara serentak.
Penambahan masalah lagi berlaku apabila guru ini perlu mengendalikan banyak
kelas untuk subjek PJPK dalam masa yang sama.Masalah ini merupakan perkara yang
pertama dilihat kerana masalah ini merupakan masalah yang sangat ketara dari
segi pengawasan pelajar dan pendidikan yang diperoleh pelajar untuk subjek
PJPK. Adalah sangat sukar untuk seorang guru PJPK untuk menggunakan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di luar bilik darjah.
Seterusnya
masalah kajian ini, pengkaji mendapati bahawa para pelajar belum bersedia untuk
menerima dan memahami kegunaan ICT dalam subjek PJPK dan mata pelajaran lain.
Penerimaan pelajar terhadap penggunaan ICT dalam PJPK adalah masih ditakuk
lama. Pelajar tidak mampu mengadaptasi penggunaan ICT sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran itu berlaku. Selain itu, tahap penguasaan pelajar
terhdapat penggunaan ICT adalah pada tahap yang belum memberansangkan.
Penyediaan
fasiliti dan kemudahan ICT disekolah adalah sangat terhad. Pelajar tidak dapat
mengakses dengan baik tentang perkara yang diajar oleh guru. Seterusnya,
pelajar terpaksa berkongsi bahan bantu mengajar ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Pihak sekolah juga kurang mendorong kepada kegunaan ICT
dalam pengurusan sekolah.
Berdasarkan
kepada keperluan memperkasakan bidang pendidikan semasa yang berasaskan
teknologi, pengkaji berpendapat perlunya ada kajian tentang penggunaan ICT di
kalangan guru, pelajar dan pihak sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang
Utama.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Menyedari
hakikat bahawa betapa pentingnya para pelajar dan guru menggunakan ICT dalam
subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Maka satu kajian akan
dijalankan di sebuah sekolah menengah di Kajang, Selangor. Sekolah yang
terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama. Kajian ini bertujuan
untuk mengkaji tahap penguasaan ICT
dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan melalui tiga aspek
iaitu pengetahuan, penggunaan dan perspektif.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum dilakukan adalah untuk mengkaji tahap
penguasaan ICT dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama.
Secara khususnya, dalam menjalankan kajian ini,
terdapat tiga objektif yang perlu dikaji dan dicapai. Objektif kajian ini
penting kerana untuk memudahkan kajian supaya tugasan dapat dijalankan
berlandaskan objektif yang disusun. Objektif kajian ini juga merupakan salah
satu garis panduan dalam menyiapkan tugasan ini. berikut adalah tiga objektif
kajian ini;
4.1 Untuk
mengenalpasti pengetahuan berkenaan ICT dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan di Sekolah Menangah Kebangsaan Kajang Utama.
4.2 Untuk
mengkaji tahap penggunaan ICT dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
di Sekolah Menangah Kebangsaan Kajang Utama.
4.3 Untuk
menilai perspektif penggunaan ICT dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan di Sekolah Menangah Kebangsaan Kajang Utama.
5.0 PERSOALAN KAJIAN
Terdapat tiga persoalan kajian dalam
menjalankan kajian ini:
5.1 Adakah
guru dan pelajar di Sekolah Menangah Kebangsaan Kajang Utama berpengetahuan
berkenaan ICT?
5.2 Adakah
guru dan pelajat di Sekolah Menangah Kebangsaan Kajang Utama mrnggunakan ICT
dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan?
5.3 Apakah
perspektif guru dan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama tentang
penggunaan ICT dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan?
6.0 METADOLOGI KAJIAN
6.1
Reka Bentuk Kajian
Dalam kajian ini reka bentuk yang
pengkaji gunakan adalah berbentuk
kuantitatif dan kualitatif.
6.2
Kaedah Kajian.
Terdapat empat kaedah yang utama
iaitu kaedah sola selidik, temu bual, pemerhatian dan rujukan perpustakaan.
SOAL SELIDIK
Borang soal selidik ini lazimnya
berbentuk soalan tertutup. Rasional menggunakan soal selidik tertutup adalah
untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan lebih mudah untuk dibandingkan.
Selain itu, jawapan mudah diproses menerusi sistem pengkodan yang bersifat
piawai dan mudah dianalisis. Antara ciri-ciri yang diambil kira dalam proses
pemilihan responden adalah, mereka seharusnya terdiri daripada guru dan pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama itu sendiri. Hal ini kerana, mereka
dapat mengetahui mengapa ICT perlu digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan..
Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk
menjawab borang soal selidik ini. Pemilihan responden adalah atas kesudian dan
kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik ini tanpa paksaan.
TEMU BUAL
Kaedah temubual bersemuka dilakukan
dengan guru-guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dan seorang guru
ICT di Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama. Saya telah menemu ramah Encik
Abdul Haayie Bin Ismail, Encik Mohd Syafiq bin Hamzah, Cik Nurul Sofiavie binti Nadzri dan Puan
Badria binti Asruri. Saya telah mengemukakan beberapa soalan yang releven untuk
memperoleh maklumat tentang kajian ini.. Kaedah temubual yang digunakan ini
amat berkesan untuk mendapatkan maklumat.
PEMERHATIAN
Keadah pemerhatian adalah kaedah
alternatif yang ada dalam pengumpualan maklumat atau pengumpulan data selain
soal selidik dan temubual. Pemerhatian memerlukan penyelidik memerhati sendiri
keadaan di kawasan kajian. Kaedah ini membolehkan pengkaji memahami situasi
sebenar yang hendak digambarkan oleh responden. Melalui kaedah pemerhatian,
saya telah melawat sendiri ke kawasan kajian iaitu Sekolah Menengah kebangsaan
Kajang Utama . Saya memerhati sendiri cara mereka menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran ini.
RUJUKAN
PERPUSTAKAAN
Data sekunder diperoleh dari
perpustakaan. Antaranya ialah data-data penting termasuklah buku-buku dan bahan
ilmiah yang lain. Kaedah rujukan perpustakan dalam melaksanakan kajian ini
iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat dicetak oleh Dawama Sdn. Bhd. Buku ini telah
menerangkan lagi maksud-maksud tertentu yang perlu saya ketahui untuk
menjalankan kajian ini dengan lebih sempurna..
6.3 Insrumen Kajian
Sepanjang kajian ini, pengkaji
menggunakan satu insrumen untuk memudahkan serta melancarkan perjalanan kajian
kami ini iaitu borang soal selidik.
6.4 Populasi dan
Persampelan
Pengkaji mengguna pakai prosedur persampelan jenis
bukan kebarangkalian bagi mendapatkan data untuk penyelidikan kami kerana ianya
bersifat kuantitatif. Sampel yang kami pilih telah dikenal pasti berdasarkan
kriteria yang ditetapkan iaitu guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Kajang Utama.
6.5 Lokasi Kajian
Bagi
lokasi kajian, pengkaji telah memilih satu saja lokasi untuk dijadikan lokasi
kajian iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama.
7.0 DAPATAN KAJIAN
PENGETAHUAN
BERKENAAN PENGGUNAAN ICT DALAM SUBJEK PJ/PK
ITEM
|
PENYATAAN
|
PERATUSAN DAN KEKERAPAN
|
||||
STS
|
TS
|
TP
|
S
|
SS
|
||
1.
|
Saya mengetahui komponen / alatan ICT
|
-
|
3
(10%)
|
5
(16.67%)
|
18
(60%)
|
4
(13.33%)
|
2.
|
Saya mengetahui cara menggunakan email
|
-
|
-
|
2
(6.67%)
|
15
(50%)
|
13
(43.33%)
|
3.
|
Saya tahu maksud sebenar ICT
|
-
|
2
(6.67%)
|
5
(16.67%)
|
17
(56.67%)
|
6
(20%)
|
4.
|
Saya mengetahui wujudnya laman yang digunakan untuk pembelajaran
seperti Amazon.com, google scholar, google translate
|
-
|
-
|
4
(13.33%)
|
20
(66.67%)
|
6
(20%)
|
5.
|
Saya mengetahui aplikasi berkenaan sukan seperti Fitstar dan
Fitnesspal
|
-
|
2
(6.67%)
|
3
(10%)
|
21
(70%)
|
4
(13.33%)
|
6.
|
Saya tahu menggunakan Microsoft Power Point, Microsoft Word dengan
lancar
|
-
|
-
|
1
(3.33%)
|
25
(83.33%)
|
4
(13.33%)
|
7.
|
Saya tidak mengambil tahu tentang perubahan ICT
|
26
(86.67%)
|
4
(13.33%
|
-
|
-
|
-
|
8.
|
Saya mengetahui terdapat kesan positif jika menggunakan ICT dalam
P&P subjek PJ/PK
|
-
|
-
|
-
|
21
(70%)
|
9
(30%)
|
9.
|
Saya kurang mengetahui tentang VLE Frog
|
18
(60%)
|
8
(26.67%)
|
4
(13.33%)
|
-
|
-
|
10.
|
Saya mengetahui bahawa ICT juga digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran subjek PJ/PK
|
-
|
-
|
-
|
24
(80%)
|
6
(20%)
|
Jadual
1: Pengetahuan Berkenaan Penggunaan ICT dalam Subjek PJ/PK
Rajah
1: Pengetahuan Berkenaan Penggunaan ICT Dalam Subjek Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan
Berdasarkan
kajian yang dilakukan, seramai 3 orang responden yang bersamaan 10% yang
menyatakan tidak setuju mengenai pengetahuan mengenai komponen dan alatan ICT.
Sebanyak 14.67% iaitu seramai 5 orang responden yang tidak pasti dengan
penyataan ini. Seterusnya, 18 orang responden bersamaan 60% bersetuju dan hanya
4 orang responden bersamaan 13.33% sangat setuju dengan penyataan mengenai
pengetahuan mengenai komponen penggunaan ICT dalam subjek Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan.
Di samping itu, seramai 15 orang
responden mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu bersamaan 50% bagi pengetahuan
menggunakan email diikuti dengan 13 orang responden (43.33%). Namun, hanya 2
orang responden yang mencatatkan jumlah yang rendah iaitu hanya 6.67%.
Pengetahuan dan pemahaman mengenai
ICT dalam subjek PJ/PK untuk pelajar hanya 2 orang responden yang tidak setuju
dengan penyataan ini iaitu 6.67% diikuti 5 orang responden (16.67%). Manakala,
56.67% iaitu seramai 17 orang responden mencatatkan jumlah yang tinggi diikuti
oleh 6 orang responden (20%).
Seterusnya, bagi penyataan mengenai
pengetahuan responden tentang wujudnya laman pembelajaran yang digunakan pada
masa kini, hanya 4 orang responden tidak pasti iaitu bersamaan 13.33% sahaja.
Manakala, 20% yang bersamaan 6 orang responden dicatatkan dan diikuti seramai
20 orang rsponden (66.67%) yang setuju dengan pengetahuan mengenai laman
pembelajaran pada masa kini mengikut peredaran masa.
Selain itu, seramai 21 orang
responden (21%) mencatatkan jumlah yang paling tinggi bagi penyataan
pengetahuan mengenai aplikasi sukan seperti Fitstar dan Fitnesspal diikuti 4
orang responden iaitu bersamaan 13.33%. Manakala, tidak pasti hanya mencatatkan
10% iaitu 3 orang responden. Namun, hanya 2 orang responden iaitu 6.67%
mencatatkan jumlah yang paling rendah bagi penyataan ini.
Penyataan pengetahuan mengenai
penggunaan Microsoft Power Point, Microsoft Word dengan lancar dan baik menjadikan
hanya seorang responden yang paling rendah iaitu mencatatkan jumlah sebanyak
3.33%. Manakala, 25 orang responden setuju iaitu bersamaan 83.33% mencatakan
jumlah yang tinggi diikuti seramai 4 orang responden (13.33%) yang sangat
setuju dengan penyataan ini.
Selain itu juga, 26 orang responden
iaitu bersamaan 86.67% yang sangat tidak setuju bagi penyataan tidak mengambil
tahu mengenai perubahan ICT diikuti hanya 4 orang responden iaitu 13.33% tidak
setuju bagi penyataan ini.
Seramai 21 orang responden yang
setuju dengan penyataan mengenai pengetahuan terhadap kesan positif jika
menggunakan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi subjek PJ/PK iaitu
bersamaan 70%. Manakala hanya 9 orang responden bersamaan 30% yang sangat
setuju dengan penyataan ini.
Kebanyakan responden memilih sangat
tidak setuju penyataan bagi kurang pengetahuan mengenai VLE Frog iaitu seramai
18 orang responden bersamaan 60% diikuti 8 orang responden tidak setuju bagi
penyataan ini (26.67%). Namun, hanya 4 orang responden tidak pasti bersamaan
13.33%.
Akhir sekali, penyataan bagi
pengetahuan mengenai ICT dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
subjek PJ/PK menunjukkan seramai 24 orang responden bersamaan 80% mencatatkan
jumlah yang paling tinggi diikuti 6 orang responden (20%) sangat setuju bagi
penyataan ini.
ITEM
|
PENYATAAN
|
PERATUSAN
DAN KEKERAPAN
|
||||
STS
|
TS
|
TP
|
S
|
SS
|
||
1.
|
Saya selalu menggunakan ICT dalam
proses pembelajaran dan pengajaran dalam subjek pendidikan jasmani atau
pendidikan kesihatan
|
1
(3.33%)
|
18
(60%)
|
1
(3.33%)
|
`10
(33.33%)
|
-
|
2.
|
Saya tidak menggunakan ICT untuk
berkomunikasi dengan pelajar atau guru
|
27
(90%)
|
3
(10%)
|
-
|
-
|
-
|
3.
|
Saya mahir mengendalikan alatan ICT
seperti LCD
|
-
|
1
(3.33%)
|
5
(16.67%)
|
22
(73.33%)
|
2
(6.67%)
|
4.
|
Saya menggunakan ICT untuk mencari
atau memperlajari perkara baru
|
-
|
5
(16.67%)
|
-
|
12
(40%)
|
13
(43.33%)
|
5.
|
Saya merasakan sekolah menyediakan
kemudahan ICT yang mencukupi
|
5
(16.67%)
|
5
(16.67%)
|
-
|
17
(56.67%)
|
3
(10%)
|
6.
|
Saya disekat untuk melayari internet
di sekolah
|
24
(80%)
|
6
(20%)
|
-
|
-
|
-
|
7.
|
Saya selalu menggunakan ICT untuk
menyiapkan tugasan yang diberi
|
-
|
6
(20%)
|
-
|
16
(53.33%)
|
8
(26.67%)
|
8.
|
Saya sering menggunakan internet untuk
mencari maklumat pembelajaran
|
-
|
3
(10%)
|
1
(3.33%)
|
5
(16.67%)
|
21
(70%)
|
9.
|
Saya sering menggunakan internet untuk
mengetahui perkemmbangan sukan atau isu sukan semasa
|
1
(3.33%)
|
2
(6.67%)
|
-
|
15
(50%)
|
12
(40%)
|
10.
|
Saya tidak menggunakan ICT untuk
perkara yang tidak berfaedah
|
-
|
2
(6.67%)
|
1
(3.33%)
|
19
(63.33%)
|
8
(26.67%)
|
TAHAP PENGGUNAAN ICT DALAM SUBJEK
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Jadual
2: Tahap Penggunaan ICT dalam Subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan
Rajah
2: Tahap Penggunaan ICT Dalam Subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan
Berdasarkan
rajah 2 terdapat seorang responden yang bersamaan 3.33% yang menyatakan sangat
tidak setuju mengenai kekerapan penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan
pengajaran dalam subjek pendidikan jasmani atau pendidikan kesihatan. Sebanyak
60% iaitu seramai 18 orang responden yang tidak setuju . Terdapat juga seorang
daripada responden bersamaan 33.33% yang menyatakan tidak pasti dengan
penyataan ini. Seterusnya, 10 orang responden bersamaan 33.33% bersetuju dengan
penyataan kekerapan penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran
dalam subjek pendidikan jasmani atau pendidikan kesihatan.
Di samping itu, seramai 27 orang
responden mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu bersamaan 90% yang menyatakan
sangat tidak setuju dengan penyataan penggunaan ICT untuk berkomunikasi dengan
pelajar dan guru dan diikuti dengan 3 orang responden bersamaan 10% yang
menyatakan tidak bersetuju.
Kemahiran mengendalikan alatan ICT
seperti LCD hanya seorang responden yang tidak setuju dengan penyataan ini
iaitu 3.33% dan seramai 5 orang responden (16.67%) yang tidak pasti . Manakala,
bersetuju seramai 22 orang responden
iaitu 75.33% mencatatkan jumlah yang tinggi diikuti oleh 2 orang
responden (6.67%).
Seterusnya, bagi penyataan mengenai
penggunaan ICT untuk mencari atau mempelajari perkara baru, hanya 5 orang
responden tidak setuju iaitu bersamaan 16.67% sahaja. Manakala, responden yang
setuju seramai 40% yang bersamaan 12 orang responden dicatatkan dan diikuti
seramai 13 orang rsponden (43.33%) yang sangat setuju dengan penyataan
berkaitan penggunaan ICT untuk mencari atau mempelajari perkara baru.
Selain itu, seramai 5 orang
responden (16.67%) yang sangat tidak setuju dan tidak setuju bagi penyataan
berkaitan penyediaan kemudahan ICT di sekolah mencukupi. Kemudian seramai 17
orang bersamaan 56.67% yang setuju . Seramai 3 orang responden iaitu bersamaan
10% yang sangat bersetuju dengan penyataan ini.
Penyataan berkaitan sekatan untuk
melayari internet disekolah seramai 24 orang responden yang paling tinggi sangat
tidak setuju iaitu mencatatkan jumlah sebanyak 80%. Manakala, 6 orang
responden bersamaan 20% yang tidak
setuju dengan penyataan ini.
Selain itu juga, 6 orang responden
iaitu bersamaan 20% yang tidak setuju bagi penyataan sering menggunakan ICT
untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Manakala seramai 16 orang responden yang
bersetuju dengan penyataan ini kemudian diikuti hanya 8 orang responden iaitu
26.67% sangat setuju bagi penyataan ini.
Seramai 3 orang responden yang tidak
setuju dengan penyataan mengenai kekerapan penggunaan internet untuk mencari
maklumat pembelajaran iaitu bersamaan 10%. Seorang daripada responden
menyatakan tidak pasti dengan penyataan ini bersamaan 3.33%. Manakala seramai 5
orang responden bersamaan 16.67% yang setuju dan diikuti dengan 21 orang
responden bersamaan 70% yang sangat setuju dengan penyataan ini.
Penggunaan internet untuk mengetahui
perkembangan sukan atau isu sukan semasa hanya seorang yang sangat tidak setuju
dengan penyaataan ini bersamaan 3.33%. Kemudian diikuti dengan 2 orang yang
tidak setuju bersamaan 6.67%. Seramai 15
orang responden bersamaan 50% yang setuju diikuti 12 orang responden sangat
setuju bagi penyataan ini (40%).
Akhir sekali, penyataan bagi tidak
menggunakan ICT untuk perkara yang tidak berfaedah menunjukkan seramai 2 orang
responden bersamaan 6.67% yang tidak bersetuju dan hanya seorang responden yang
tidak pasti dengan penyataan ini . Setuju ialah jumlah yang paling tinggi
dipilih oleh responden iaitu seramai 19 orang bersamaan 63.33% disusuli dengan
8 orang responden yang menyatakan sangat setuju iaitu 26.67%.
PERSPEKTIF PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ITEM
|
PENYATAAN
|
PERATUSAN DAN KEKERAPAN
|
||||
STS
|
TS
|
TP
|
S
|
SS
|
||
1.
|
Saya mempelbagaikan teknik dan trategi dalam sukan dan menggunakan ICT
|
-
|
1
(3.33%)
|
-
|
10
(30%)
|
19
(63.33%)
|
2.
|
Saya dapat mengakses maklumat pembelajaran dengan lebih mudah dan
cepat.
|
-
|
3
(10%)
|
1
(3.33%)
|
14
(46.67%)
|
12
(40%)
|
3.
|
Saya dapat mengaplikasikan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
|
-
|
2
(6.67%)
|
-
|
15
(50%)
|
13
(43.33%)
|
4.
|
Saya dapat mempelbagaikan gaya pembelajaran mengikut peredaran masa.
|
-
|
-
|
-
|
15
(50%)
|
15
(50%)
|
5.
|
Saya menyalahgunakan kemudahan ICT yang disediakan.
|
22
(73.33%)
|
8
(26.67%)
|
-
|
-
|
-
|
6.
|
Saya dapat menambah pengetahuan pelajar tentang Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan melalui penggunaan ICT.
|
-
|
4
(13.33%)
|
-
|
10
(30%)
|
16
(53.33%)
|
7.
|
Saya terdorong untuk menghabiskan masa dengan media social dengan
adanya kemudahan ICT.
|
8
(26.67%)
|
7
(23.33%)
|
-
|
7
(23.33%)
|
8
(26.67%)
|
8.
|
Saya dapat menjimatkan masa menyiakan tugasan dengan menggunakan ICT.
|
-
|
-
|
5
(16.67%)
|
9
(30%)
|
16
(53.33%)
|
9.
|
Saya berpendapat penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran lebih efektif dan menarik.
|
-
|
1
(3.33%)
|
-
|
10
(30%)
|
19
(63.33%)
|
10.
|
Saya berpendapat penggunaan ICT mewujudkan jurang dalam komunikasi.
|
-
|
6
(2-%)
|
3
(10%)
|
15
(50%)
|
6
(20%)
|
Jadual
3: Perspektif Penggunaan ICT dalam PJ/PK
Rajah 3: Perspektif Penggunaan ICT
DalamPendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Berdasarkan
Rajah 3, Berdasarkan kajian yang dilakukan, seramai 1 orang responden yang
bersamaan 3.33% yang menyatakan tidak setuju mengenai mampu mempelbagaikan
teknik dan strategi dalam sukan menggunakan ICT. Sebanyak 33.33% iaitu seramai
10 orang responden yang bersetuju dengan penyataan ini. Baki 19 orang responden
iaitu 63.33% sangat setuju dengan penyataan mengenai mampu mempelbagaikan
teknik dan strategi dalam sukan menggunakan ICT
Seterusnya, 12 responden iaitu
bersamaan 40% sangat setuju penyataan tentang dapat mengakses maklumat
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah dan cepat dan 14 orang iaitu
46.66% bersetuju dengan penyataan tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat seorang
yang tidak pasti iaitu 3.33% dan seramai
3 orang responden mencatatkan tidak setuju dengan penyataan tentang dapat
mengakses maklumat pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah dan cepat.
Untuk penyataan yang seterusnya
iaitu dapat mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, 15 responden yang bersamaan dengan 50%
bersetuju dan 13 reponden iaitu 43.33% sangat setuju dengan penyataan tersebut.
Namun terdapat 2 responden yang tidak bersetuju iaitu bersamaan 10%.
Berikutnya ialah mempelbagaikan gaya
pengajaran dan pembelajaran mengikut peredaran masa. 15 responden iaitu 50%
sangat setuju dan 15 responden turut setuju dengan penyataan tersebut.
Terdapat 8 responden yang tidak
bersetuju dengan penyataan menyalahgunakan ICT yang disediakan iaitu 26.67% dan
baki 22 responden lagi iaitu 73.33% sangat tidak bersetuju dengan penyataan
yang bersikap negative tersebut.
Penyataan seterusnya ialah dapat
menambah pengetahuan pelajar tentang Pendidikan jasmani dan Pendidikan
Kesihatan melalui penggunaan ICT. Seramai 16 responden iaitu 53.33% sangat
setuju, 10 responden yang bersamaan dengan 33.33 % bersetuju dengan penyataan
tersebut. Namun begitu, 4 responden tidak bersetuju dengan penyataan tersebut
iaitu 13.33%.
Selain itu, 8 responden sangat tidak
bersetuju iaitu 26.67% dan 7 responden iaitu 23.33% tidak bersetuju dengan
penyataan dapat menambahkan pengetahuan pelajartentang Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan melalui penggunaan ICT. Walaubagaimanapun, terdapat8
responden yang sangat bersetuju iaitu 26.67% dan 7 responden yang bersetuju
yang bersamaan 23.33%.
Seramai 16 responden iaitu 53.33%
bersetuju dapat menjimatkan masa menyiapkan tugasan dengan menggunakan ICT dan
9 responden bersetuju iaitu 30%. Namun, terdapat 5 responden yang tidak pasti.
Penyataan bagi penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan menarik menunjukkan 19
responden sangat setuju iaitu 43.33% dan 10 responden yang turut beretuju iaitu
30%. Namun begitu, terdapat 1 responden yang tidak setuju dengan penyataan
tersebut iaitu 3.33%.
8.0 PERBINCANGAN KAJIAN
Berdasarkan
dapatan kajian yang telah diperolehi, tiga objektif telah dapat dicapai iaitu
untuk mengenalpasti pengetahuan berkenaan ICT dalam Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama. Objektif yang
kedua pula adalah untuk mengkaji tahap penggunaan ICT dalam Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama. Seterusnya untuk
menilai perspektif penggunaan ICT dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama. Melalui tiga objektif tersebut, kami
telah mengemukakan sepuluh soalan bagi setiap objektif. Justeru, hasil dapatan
yang diperoleh telah menunjukkan bahawa setiap pelajar dan guru tahu bagaimana
cara untuk menggunakan atau mengaplikasikan penggunaan ICT dalam subjek
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kajang Utama. Walaubagaimanapun, melalui soal selidik yang telah diberikan oleh
kami kepada seramai 30 orang responden ini kami dapat lihat bahawa setiap
responden tahu bagaimana untuk mengaplikaskan penggunaan ICT dalam subjek
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di sekolah mereka. Mereka juga
bijak dalam menggunakan ICT dalam subjek tersebut. Selain itu, kebanyakan
responden juga mengetahui bagaimana untuk menggunakan komponen/ alatan ICT yang
disediakan.
Melalui kajian ini responden –
responden juga tahu bagaimana cara untuk menggunakan email. Hasil dapatan yang
diperolehi juga responden menunjukkan bahawa mereka tahu apa itu maksud sebenar
ICT dan kebanyakan mereka juga mengetahui wujudnya laman yang digunakan untuk
pembelajaran seperti Amazon.com, google scholar, google translate. Mereka juga
mengetahui aplikasi berkenaan sukan seperti Fitstar dan Fitnesspal dimana
aplikasi ini diwujudkan bagi melihat dan mengawal pemakanan atlet dan menjaga
kesihatan atlet ataupun orang biasa. Kebanyakan responden juga iaitu 83.33%
bersetuju bahawa mereka tahu untuk menggunakan Microsoft Power Point, Microsoft
Word dengan lancar. Untuk pernyataan yang seterusnya iaitu saya tidak mengambil
tahu tentang perubahan ICT, majoriti responden tidak bersetuju malahan sangat
tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa responden
tahu dan mengambil tahu tentang penggunaan ICT di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kajang Utama. Responden juga mengetahui bahawa terdapat kesan positif jika
menggunakan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam subjek Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. Seterusnya bagi pernyataan saya kurang mengetahui
tentang VLE Frog, 18 orang responden (60%) sangat tidak setuju dengan
pernyataan tersebut, 8 orang responden (26.67%) pula tidak setuju dengan pernyataan
tersebut dan 4 orang responden (13.33%) tidak pasti. Hal ini menunjukkan bahawa
kebanyakan responden tahu tentang VLE Frog yang sememangnya harus diketahui
oleh setiap pelajar dan guru. Selain itu, mereka juga mengetahui bahawa ICT
juga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan.
Seterusnya,
bagi tahap penggunaan ICT dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan pula kebanyakan responden selalu menggunakan ICT dalam proses
pembelajaran dan pengajaran dalam subjek pendidikan jasmani atau pendidikan
kesihatan. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan ICT sememangnya digunakan
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Walau bagaimanapun, sebanyak 30 orang
responden iaitu 100% responden boleh dikatakan tidak bersetuju dengan
pernyataan bahawa mereka tidak menggunakan ICT untuk berkomunikasi dengan
pelajar atau guru. Hal ini menunjukkan bahawa kesemua responden menggunakan ICT
untuk berkomunikasi dengan pelajar atau guru. Selain itu, responden juga mahir
mengendalikan alatan ICT seperti LCD dan majoriti responden juga menggunakan
ICT untuk mencari atau mempelajari perkara baru. Namun begitu, bagi pernyataan
saya merasakan sekolah menyediakan kemudahan ICT yang mencukupi, sesetengah
responden bersetuju dengan pernyataan tersebut, namun sesetengah responden lagi
tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa Sekolah
Menengah Kebangsaan Kajang Utama mempunyai kemudahan ICT, namun tidak terlalu
banyak dan hanya cukup-cukup sahaja. Seterusnya, bagi pernyataan saya disekat
untuk melayari internet di sekolah, kesemua responden tidak bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa mereka tidak disekat jika mahu
menggunakan internet di Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama.
Saya selalu menggunakan ICT untuk
menyiapkan tugasan yang diberi. Bagi pernyataan ini, terdapat responden yang
bersetuju dan terdapat juga responden yang tidak setuju. Hal ini menunjukkan
bahawa tidak kesemua responden dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama
ini menggunakan ICT untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Disamping itu, bagi
pernyataan saya sering menggunakan internet untuk mencari maklumat
pembelajaran, majoriti responden juga sangat bersetuju. Hal ini menunjukkan
bahawa mereka menggunakan internet untuk mencari maklumat pembelajaran. Mereka
juga sering menggunakan internet untuk mengetahui perkembangan sukan atau isu
sukan semasa. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa mereka juga tidak
ketinggalan untuk mengetahui perkembangan sukan dan isu sukan semasa dengan
menggunakan internet. Saya tidak menggunakan ICT untuk perkara yang tidak
berfaedah. Bagi pernyataan ini, kebanyakan responden bersetuju. Hal ini
menunjukkan bahawa mereka hanya dibenarkan untuk menggunakan ICT bagi mengakses
atau melakukan perkara yang berfaedah sahaja.
Selain itu, perspektif mereka
terhadap penggunaan ICT juga sangat memberansangkan dimana kebanyakan responden
tahu untuk mempelbagaikan teknik dan strategi dalam sukan dan menggunakan ICT.
Disamping itu, hasil dapatan kajian yang kami perolehi juga, kebanyakan
responden dapat mengakses maklumat pembelajaran dengan lebih mudah dan cepat.
Mereka juga dapat mengaplikasikan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Mereka dapat mempelbagaikan gaya
pembelajaran mengikut peredaran masa. Selain itu, apabila ditanyakan mengenai
menyalahgunakan kemudahan ICT yang disediakan, kesemua responden tidak
bersetuju malahan sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Hasil kajian
juga mendapati bahawa majoriti responden bersetuju bahawa mereka dapat menambah
pengetahuan tentang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan melalui
penggunaan ICT di Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama ini. Namun begitu,
50% responden bersetuju bahawa mereka terdorong untuk menghabiskan masa dengan
media sosial dengan adanya kemudahan ICT manakala 50% lagi tidak bersetuju
bahawa mereka terdorong untuk menghabiskan masa dengan media sosial dengan
adanya kemudahan ICT. Hal ini menunjukkan bahawa pemantauan terhadap aktiviti
yang dilakukan di sekolah dengan menggunakan ICT hendaklah dipantau oleh pihak
yang bertanggungjawab bagi memastikan aktiviti yang tidak bermanfaat dapat
dielakkan.
Selain itu, hasil dapatan yang
diperolehi responden dapat menjimatkan masa menyiapkan tugasan dengan
menggunakan ICT. Hasil dapatan yang diperolehi juga kami mendapati bahawa
responden berpendapat penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih efektif dan menarik. Kami berpendapat bahawa ICT sememangnya
menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran lebih menarik dan pelajar tidak akan
mudah jemu dan bosan. Responden juga berpendapat penggunaan ICT mewujudkan
jurang dalam komunikasi. Hasil dapatan daripada pernyataan ini menunjukkan
bahawa jurang dalam komunikasi dengan penggunaan ICT sememangnya ada dan wujud.
Hal ini kerana komunikasi yang baik adalah dengan melakukan komunikasi secara
bersemuka.
Hasil analisis yang telah dijalankan
mendapati bahawa kajian ini telah mencapai objektif yang dikehendaki. Hal ini
kerana majoriti responden menunjukkan bahawa mereka tahu serta bersetuju dengan
penggunaan ICT dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dapat
memastikan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran dapat berlangsung seperti yang
dikehendaki dan lebih efektif. Malah, analisis ini juga dapat menerangkan
secara menyeluruh bahawa pengetahuan responden tentang penggunaan ICT dalam
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan sangat mencapai piawaian yang
dijangkakan. Selain itu, tahap pengetahuan responden terhadap penggunaan ICT
dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan juga mencapai target yang
dikehendaki. Disamping itu, analisis ini juga telah menerangkan perspektif
responden bahawa mereka tahu untuk mempelbagaikan teknik dan strategi penggunaan
ICT dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Berdasarkan
analisis ini juga membuktikan bahawa responden dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Kajang Utama mempunyai pengetahuan dalam menggunakan ICT/IT terutama bagi
subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Oleh itu, berdasarkan
keseluruhan analisis yang dijalankan, kami mendapati bahawa kajian ini berjaya
mencapai kesemua objektif yang dikaji.
Kesimpulannya,
berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, kami mendapati bahawa majoriti responden
mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan ICT dalam subjek PJ/PK dimana seramai
21 orang iaitu sebanyak 70% bersetuju
bahawa mereka mengetahui aplikasi berkenaan sukan seperti Fitstar dan
Fitnesspal. Hal ini membuktikan bahawa responden telah menggunakan aplikasi
tersebut dalam kehidupan seharian. Selain itu, seramai 24 orang responden iaitu
sebanyak 80% bersetuju bahawa mereka mengetahui bahawa ICT juga telah digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran subjek PJ/PK. Hal ini dapat membuktikan bahawa
para guru kerap menggunakan ICT seperti menggunakan aplikasi Youtube di dalam
kelas ataupun di luar kelas. Tambahan pula, seramai 25 orang responden
bersetuju bahawa mereka tahu menggunakan Microsoft Powerpoint, Microsoft Words
dengan lancar dan seramai 20 orang responden juga bahawa laman web seperti
Amazon.com, Google Scholar dan Google Translate bagi tujuan pembelajaran.
Melalui pernyataan ini, kami mendapati bahawa majoriti responden mengetahui
kewujudan laman web tersebut dan mengetahui cara penggunaannya. Namun begitu,
terdapat juga segelintir responden iaitu seramai 26 orang responden yang sangat
tidak setuju bahawa mereka tidak mengambil tahu sebarang perubahan dalam ICT
terhadap pembelajaran. Melalui pernyataan ini jelaslah bahawa mereka sentiasa
mengikuti perkembangan semasa berkenaan ICT bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
Seterusnya,
majoriti responden menyatakan bahawa mereka sering menggunakan internet untuk
mencari maklumat pembelajaran, dan mereka menggunakan ICT untuk mengetahui perkembangan
sukan atau isu sukan semasa. Hal ini membuktikan bahawa kebanyakan daripada
responden mempunyai tahap penggunaan yang tinggi dalam pencarian maklumat di
laman web atau penggunaan aplikasi bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Kebanyakan responden juga tidak menggunakan ICT untuk perkara yang tidak
berfaedah malah seramai 53.33% daripada mereka bersetuju bahawa mereka juga
menggunakan ICT untuk menyiapkan tugasan. Malahan pula, seramai 27 orang
responden menyatakan bahawa mereka sangat tidak setuju bahawa mereka tidak
menggunakan ICT untuk berkomunikasi dengan pelajar atau guru. Hal ini
memberikan maklum balas yang positif dari responden bahawa mereka menggunakan
ICT sebagai alat untuk berhubung dengan rakan-rakan, tenaga pengajar dan sebagainya.
Kami telah meneliti sejauh mana tahap penggunaan ICT ini digunakan dalam
kalangan responden dan kami mendapati bahawa tahap penggunaan amatlah
memberangsangkan dan mereka mengaplikasikan penggunaan ICT dalam kehidupan
seharian mereka.
Tambahan
pula, kami juga telah menghasilkan sebuah pernyataan mengenai perspektif
penggunaan ICT dalam subjek PJ/PK. Majoriti responden menyatakan sangat setuju
bahawa mereka dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam sukan dan
menggunakan ICT. Jelaslah bahawa terdapat pelbagai aplikasi yang menjurus
kepada sukan ataupun penggunaan aplikasi seperti Youtube untuk mencari lagu dan
video yang sesuai untuk menghasilkan teknik dan strategi baru dalam sukan yang
diceburi. Selain itu, seramai 12 orang responden bersetuju bahawa melalui ICT
mereka dapat mengakses maklumat dengan mudah dan cepat sekaligus sebanyak
53.33% menyetujui bahawa mereka dapat menjimatkan masa dalam menyiapkan tugasan
serta dapat mempelbagaikan gaya pembelajaran mengikut peredaran masa. Sebagai
contoh gaya pembelajaran yang mengikut arus masa adalah seperti penghasilan
video menggunakan aplikasi Powtoon, penghasilan soalan dalam laman web seperti
Kahoot! dan MOOC dan lain-lain lagi. Hal ini telah menyakinkan kami bahawa
penggunaan ICT yang kian meluas ini dapat memudahkan orang ramai dalam urusan
seharian malah dapat menjimatkan masa dan tenaga. Namun begitu, terdapat juga
perkara negatif dan kian tertanam dalam masyarakat hari ini iaitu wujudnya
jurang dalam komunikasi dua hala. Seramai 16 orang (50%) daripada responden
bersetuju mengenai pernyataan ini dan hal ini amatlah berbahaya jika tidak
dibendung dari awal.
Melalui
perbincangan bagi kajian yang telah kami jalankan, kami telah dapat
menghasilkan beberapa pernyaatan yang dipersetujui oleh responden kami mengenai
pengetahuan berkenaan penggunaan ICT dalam subjek PJ/PK. Majoriti daripada
mereka mengetahui tentang aplikasi berkenaan sukan seperti Fitstar dan
Fitnesspal, mereka juga mengetahui cara untuk menggunakan Microsoft Powerpoint,
Microsoft Words dengan lancar dalam subjek PJ/PK dan mempunyai pengetahuan
tentang kewujudan laman web Amazon.com, Google Scholar dan mengetahui cara
penggunaannya.Kami juga telah membincangkan mengenai objektif kedua kami iaitu
tahap penggunaan ICT dalam subjek PJ/PK dan keseluruhan daripada pernyataan
dalam soal selidik itu memberikan maklum balas yang positif iaitu mereka
mempunyai tahap penggunaan yang tinggi dan memuaskan. Berdasarkan maklumat yang
telah kami kaji, kami mendapati bahawa mereka mampu menggunakan ICT bagi tujuan
pembelajaran dan dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Seterusnya bagi
objektif terakhir kami pula ialah perspektif penggunaan ICT dalam subjek PJ/PK
dan hasil daripada soal selidik dapat memberikan sedikit sebanyak maklum balas
yang menarik dan positif seperti ramai responden bersetuju bahawa mereka dapat
menjimatkan masa dan tenaga dan mereka juga dapat mempelbagaikan gaya
pembelajaran mengikut peredaran masa. Hal ini telah menjadikan kajian ini
sebagai suatu perkara yang berjaya bagi perkara berkenaan penjimatan masa,
penghasilan gaya pembelajaran baru dan dapat menambah pengetahuan baru mengenai
subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tetapi terdapat juga
beberapa perkara negatif yang dipersetujui oleh responden kami iaitu mengenai
kewujudan jurang komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. oleh itu,
pelbagai faktor dan kesan yang perlu diambil kira sebelum menggunakan ICT dalam
subjek PJ/PK ini agar tidak menjejaskan komunikasi antara guru dan pelajar
malah penggunaan ICT dapat dijadikan sebagai tunjang utama dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
9.0 CADANGAN KAJIAN
Penggunaan
ICT dalam subjek PJPK dikalangan pelajar SMK Kajang Utama. Dalam usaha untuk
mengintegrasikan ICT dalam P&P Pendidikan, semua pihak hendaklah
bekerjasama bagi memastikan hasrat ini tercapai, di antara pihak tersebut
ialah:
9.1 Peranan pihak Kementerian
Pelajaran
Mewujudkan
dana yang khusus untuk penyediaan prasarana berkaitan ICT kepada guru. Setiap
sekolah harus memiliki sekurang-kurangnya satu bilik multimedia agar setiap
pelajar dapat merasai teknologi yang diguna pakai pada masa kini.
Selain
itu, kementerian perlu mengadakan kursus-kursus teknologi maklumat untuk guru.
Kebanyakkan guru khususnya guru berusia tidak pandai menggunakan teknologi masa
kini kerana faktor tidak mahir dan tidak berminat kerana sudah berusia untuk
mempelajarinya, oleh itu kementerian pelajaran harus mempergiat usaha bagi
menarik minat guru lama agar mengambil berat tentang penggunaan teknologi
terkini. Hal ini penting supaya tiada pelajar yang ketinggalan bagi mengikuti
perkembangan terkini.
Pemberian
insentif dan ganjaran kepada guru yang kreatif dan dinamik. Usaha ini dianggap
sangat efektif lebih-lebih lagi bagi kesedaran kepada guru akan pentingnya
teknologi pada masa kini. Melalui ganjaran yang diberikan mampu memberi saingan
yang baik antara guru bagi meningkatkan mutu pengajaran pada masa akan datang.
Seterusnya
mewujudkan satu kumpulan yang pakar dalam bidang ICT agar mereka dapat
menyediakan lebih banyak perisian yang sesuai untuk P&P kepada pelajar.
hakikatnya penggunaan teknologi dalam pembelajaran memberi impak yang tinggi
kepada pelajar jika guru dapat menggunakannya sebaik mungkin. Oleh itu
perkukuhan kemahiran terhadap penggunaan ICT dalam diri guru perlu
dipertingkatkan supaya pelajar mampu menikmati prasana yang disediakan sebaik
mungkin
9.2 Pihak Pentadbir Sekolah.
Peranan
Guru Besar
Membentuk
budaya ICT di sekolah dalam pelbagai kegiatan kokurikulum. Kini ramai guru
telah sedar akan faedah menggunakan ICT dalam pembelajaran. Namun begitu tidak
semua guru menggunakannya dalam pembelajaran. Oleh guru besar perlu tegas
terhadap penggunaan ICT oleh guru agar menjadi kebiasaan dalam sesi pengajaran
kini.
Selain
itu, guru besar perlu menyediakan
dokumen serta polisi bertulis dan penyediaan prasarana ICT di sekolah (Mohammed
Sani dan Mohd Jasmy 2002).
Guru
besar turut memberi peluang kepada guru agar dapat mengikuti
pelatihan-pelatihan perisian komputer samada yang dibuat oleh kerajaan ataupun
NGO. Hal ini kerana kursus yang sedia ada belum mencukupi bagi sesetengah guru,
malah pembelajaran ini juga mampu meningkatkan skill sedia ada ke tahap yang
lebih baik.
Ketua
Bidang atau ketua Kursus pendidikan jasmani
Meningkatkan
pelbagai kemahiran Guru pendidikan jasmani dengan penggunaan teknologi ICT
dalam P&P. pembelajaran menggunakan ICT lebih mudah dan berkesan seandainya
guru pandai mengatur sesi pembelajarn di padang dan bilik darjah.
Seterusnya
guru membuat kerjasama diantara guru-guru dalam mempersiapkan bahan-bahan
mengajar dengan menggunakan perisian dengan kemudahan prasarana ICT di sekolah.
Hal ini jarang terwujud selama ini dikalangan guru-guru pendidikan jasmani
mahupun guru-guru subjek lain.
Penyelaras
ICT sekolah
Ramai
guru manyatakan bahawa sesi pembelajaran di sekolah amat padat menyebabkan guru
kurang waktu persediaan untuk alat bantu mengajar menggunakan ICT. Oleh itu,
guru boleh melakukan sesi pelatihan-pelatihan ICT bagi guru-guru selama cuti
sekolah disamping mengatur persediaan untuk menggunakan ICT sedia ada.
Kebiasaanya
penyelaras ICT kurang bergaul dengan guru lain mungkin kerana faktor
persekitaran yang terasing dengan guru lain. Oleh itu, penyelaras perlu menjalin kerjasama dengan pelbagai
pihak agar alat dan sarana ICT disekolah dapat mendukung kerjaya guru ataupun
kemudahan pelajar dalam kegiatan sekolah.
Peranan
pihak NGO dan swasta
Mengadakan
teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan
sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah
dengan memberi sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru
dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.
Melalui
pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah
dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan.
Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P
9.3 Peranan Guru
Sikap
sebagai pendidik
Guru
hendaklah sedia untuk menerima perubahan anjakan paradigma untuk menggunakan
ICT dalam P&P. isu penerimaan
penggunaan ICT dalam pengajaran ini kebiasaanya terjadi kepada guru lama yang
telah berusia kerana mereka tidak diperkenalkan tentang ICT daripada awal menyebabkan
penggunaan ICT tidak dapat di praktikkan
dalam pembelajaran. Namun begitu usaha terhadap penggunaan ICT oleh golongan guru
muda agak memberangsangkkan.
Guru
muda khususnya perlu bekerjasama antara guru khasnya yang berusia kerana mereka
amat berpengalaman dalam subjek sedia ada namun kurang mahir dalam penggunaan
ICT. Sekiranya kerjasama antara guru-guru dapat dijalankan, penyediaan
pembelajaran dalam ICT mencapai matlamat
yang ditentukan.
Seorang
bukan hanya seorang pengajar tetapi juga mesti selalu belajar mengajar. Lebih
jelas lagi guru perlu matang dalam menerima idea baru dan juga berkongsi ilmu
sedia ada.
10.0 KESIMPULAN
Melalui
temu ramah yang dijalankan di sekolah menengah kebangsaan kajang utama, kami
dapat lihat bahawa teknologi yang diguna pakai masih ditahap rendah. Makmal
computer masih baru disediakan disamping peralatan yang masih belum lengkap
serta ketiadaan penyelaras ICT menyebabkan guru-guru masih kurang peka terhadap
pengajaran melalui penggunaaan ICT dalam pembelajaran.
Manakala
dari segi soalan kaji selidik yang dilakukan pula mendapati ramai pihak
menyokong penggunaan ICT dalam subjek
PJPK dikalangan pelajar. malah kebanyakkan responden menginginkan sistem
pengajaran dlm ICT di pertingkatkan lagi melalui usaha-usaha yang lebih
mendalam seperti kursus ICT kepada guru-guru.
Seharusnya,
Integrasi ICT dalam P&P dapat
diperkenalkan, dikukuhkan dan menambah kemahiran kepada semua guru
selaras dengan konsep perkembangan dunia tanpa sempadan pada hari ini.
Integrasi ICT dalam P&P di kalangan Guru juga akan memberi kesan baik dan
positif kepada imej Guru yang lebih berdaya saing. Integrasi ICT dalam P&P
dapat meningkatkan dan membawa kaedah-kaedah yang baru dalam proses P&P
bilik darjah serta dapat membantu mengatasi kelemahan-kelemahan pelajar yang
lebih berminat dengan berbagai stail gaya belajar masing-masing mereka.
Integrasi ICT dalam P&P Pendidikan islam misalnya, dapat mengubah tanggapan
pelajar yang selama ini menganggap subjek Pendidikan islam, suatu subjek yang membosankan
(Norhatimah dan Ab. Halim Tamuri 2010).
Namun
begitu harus diingat, walaupun ICT memberi pelbagai manfaat dalam P&P
Pendidikan tetapi ICT hanyalah merupakan
satu faktor tambahan dalam meningkatkan keberkesanan P&P. Maksudnya jika
kita terlalu bergantung pada ICT, guru tidak lagi berkesan dan akan wujud sikap
individualistik dalam diri pelajar. Jadi, Keperluan pengajian tanpa guru
sebagai pemandu atau pendidik tidak boleh dinafikan atau diminimalkan. Ini
perlu dilihat dalam konteks bagaimana pendidikan asalnya adalah kontak atau
perhubungan dan interaksi antara dua akal, jiwa hati dan peribadi secara
tertentu yang mendatangkan kesan yang baik dan menjamin kejayaan sebenarnya.
11.0 RUJUKAN
Abdul
Rahim Mohd Saad. 1998. Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan pertimbangan semula program
pendidikan tinggi. Kertas Kerja Dibentang di Seminar Dinamika Perubahan
Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001: Penerbit .USM
Holmes,
W. 1999. The transforming power of
information technology. Community College Journal, 70(2): m.s. 10-15.
Hawkridge,
David. 1990. Computer in Third World School: The Example of China. British Journal Education Technology 21:
(1)
Jamaluddin
Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia Dalam Pendidikan. Bentong:
PTS Publications.
Mohd
Jasmy Abd.Rahman & Mohd Arif Ismail. 2007. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Serta Aplikasi Multimedia dalam
Pendidikan di Malaysia dan Indonesia. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia
Pisapa,
J. 1994. In Williams, D.M. 2000. Integrating Technology Into Teaching and
Learning. Singapore: Prentice Hall.
Rosenberg,
J.M., 2001. E-learning: Strategies For Delevering Knowledge In The Digital Age. U.S.A: McGraw-Hill.
Tajul
Ariffin Noordin & Nor Aini. 2002. Pendidikan dan Pembangunan Manusia:
Pendekatan Bersepadu. Bangi : As-Syabab Media Malaysia.
Zainuddin
Abd. Hamid. 1997. Computer Usage Among School Administrators In Seberang Perai
Selatan District. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.
Zalina
Yahaya. 2002. IT dan Komputer: Nadi Sekolah Bestari. Utusan M
Tahniah. satu kajian yang baik. semoga isu dan cadangan yang dinyatakan dapat memberi manfaat pada guru dan pelajar pada masa akan datang.
ReplyDelete